Sabtu, 27 Oktober 2012

SAMBUNGAN BAB 2

     ''nurse,, kat mana wad yang ditempatkan nenek saya yang baru je masuk akibat sakit jantung ?"
kata Kaz dengan cemas kerana dia risau akan terjadi sesuatu kepada neneknya .
lalu jururawat itu membalas "ada di wad kecemasan . nenek awak diserang strok "
dengan secara tidak langsung Kaz telah menangis di sebelah Khairullah dan serta merta Khairullah menjadi kasihan terhadap Kaz yang sedang menangis tersedu-sedu itu .

      "Kaz, jom saya bawa awak ke bilik kecemasan . saya tahu dimana"Khairullah berkata-kata sambil memandang tepat kearah wajah Kaz yang sedang menangis tidak terhenti .hati Khairullah menjadi sayu melihat keadaan Kaz itu .''ya . seandainya dia milikku, akan ku leraikan tangisannya . sesungguhnya ku tak rela melihatnya menangis''.kata Khairullah berbisik di hatinya .

      setelah beberapa jam Kaz dan Khairullah di hadapan bilik rawatan itu,,dokter dan beberapa jururawat yang berada di dalam wad kecemasan itu keluar sambil mengiringi neneknya yang terbaring kaku di atas katil automatik itu . hati Khairullah serba salah untuk bertanya . dimanakah ibu bapa Kaz ? siapakah ahli lain keluarga Kaz ?

  lalu dengan berat hati Khairullah bertanya kepada kaz yang sudah tenang dan tidak menangis seperti tadi . "awak. saya nak tanya . dimana ahli keluarga awak yang lain ?"lalu Kaz mejawab"diorang ontheway ke sini . sebenanrnya aku tinggal berdua je dengan nenek aku kat sini..ahli keluarga aku tinggal kat kuala lumpur .aku yang taknak ikut diorang masa pindah kat sana sebab aku tak sanggup tinggalkan nenek aku sesorang kat sini"

      lalu Khairullah bertanya lagi "maknanya,,awak dari kecil tinggalkan di sini la ya ?"
lalu kaz menjawabnya lagi "a'ah . aku dilahirkan disini..dah2 . tu hah family aku da sampai"
Khairullah terpinga-pinga mendengar apa yang diberitahu oleh Kaz sebentar tadi lalu memandang kearah yang ditunjukkan oleh Kaz . sememangnya ahli keluarganya telah sampai dan Khairullah mengenali ahli keluarga Kaz itu sendiri . mana tidaknya . ibu bapa kaz ialah ahli pengusaha yang berjaya yang berganding dengan ibu bapanya . Khairullah mengenali mereka kerana pernah berjumpa semasa dia mengikut majlis perasmian semasa pembukaan syarikat terbaru di Pulau Pinang ..nasib Khairullah baik kerana ibu bapa Kaz tidak mengenali dirinya .sememangnya dia tidak mahu Kaz menjauhi dirinya nanti jika tahu ibu bapa mereka saling mengenali satu sama lain . BERSAMBUNG . hee






















Khamis, 27 September 2012

karya ZILZIEA Bab 1

                Assalammualaikum ..
hari ini nak tulis novel lah ..yelah ..dok suka baca novel ,,
  alang-alang tu,,saya menulis novel la ..nak cuba jugak ..
cerita ini tak dipetik dari sesiapa dan tidak melibatkan sesiapa ..
  hanya reka cipta dan tiada unsur untuk memalukan orang lain ..

BAB 1
       dikala pada waktu tengahari ,,kepanasan memuncak Khairullah
segera ke kantin sekolahnya akibat kehausan selepas bersukan ..
 lalu Khairullah memesan segelas milo ais .selepas saja menghabiskan minumannya,
Khairullah terus bergerak ke luar perkarangan sekolah untuk menunggu bas .
secara kebetulan kawan sekolahnya menegur dari belakang
''Oi pakcik ! sorang je ke ? "sergah Nazatul .."nak aku temankan kau tak ? heehe"
tambah Nazatul pula .."terima kasih je la Naza..aku boleh tunggu bas sendiri..
kalau kau temankan tak senang duduk aku dengar cerita pasal pakwe kau tu "
balas Khairullah pula .
  lalu Naza berkata "alah kau ni ! tak syok la ..sensitif betul .. ! "
"tak kuasa aku melayan sifat playgirl kau tu "kata Khairullah lagi ..sedari dirinya tidak berapa menyukai sifat yang terletak dalam diri Naza itu..sifat suka mempermainkan hati lelaki ..
walaupun dia tahu Naza pernah dilukakan oleh cinta pertama Naza sendiri ..mungkin
ada hikmah disebalik kejadian yang ditimpa oleh Naza sendiri kerana lelaki yang dianggap
cinta pertamanya pernah memaksanya untuk melakukan hubungan seks semata-mata .
itu bukan cinta tetapi nafsu ..

    "okeylah ..aku nak balik dulu .bye"kata Naza sambil menunjukkan
senyumannya .."eh,kau balik naik apa ni ? jalan kaki ke ? bukan ke selalu
ayah kau datang jemput kau balik ?" kata Khairullah . "banyaknye soalan kau .okey
aku jawab satu je soalan kau .ayah aku pergi meeting tadi masa aku call waktu rehat .alah
rumah aku bukannya jauh pun .." balas Naza lagi . "okey kalau macam tu"

    sambil menunggu bas datang,Khairullah melihat jam tangannya yang sedang menunjukkan
jam 5:30 petang..Khairullah mula risau kerana tidak mahu pulang lewat..kerja ruamah
yang diberikan gurunya banyak yang perlu dia selesaikan ..
     setibanya bas berhenti dihadapannya,,Khairullah bergegas menaiki bas tersebut
dan membayar wang tambang yang diminta pemandu bas itu ..lalu Khairullah memilih tempat duduk
dibelakang sekali supaya dapat melelapkan matanya sambil menunggu untuk tiba dirumah .
selepas beberapa minit,,bas tersebut berhenti di perkarangan rumahnya ..tiba di rumah,,Khairullah
terus membuka pintu rumah yang dikunci oleh ibunya..sememangnya,,Khairullah dibekalkan kunci simpanan untuk digunakan ketika ibu bapanya tiada dirumah ..
terus Khairullah memasuki rumahnya dan menuju ke biliknya untuk segera membersihkan
badannya yang telah kotor ..selepas sahaja mandi,Khairullah terus menunaikan solat Asar kerana di sekolah dia tidak menunaikan solat akibat badannya dipenuhi dengan lumpur ..

     selesai sahaja menunaikan solat Khairullah terus mengambil telefon bimbitnya di almari yang disimpan untuk kegunaannya ..Khairullah berasa hairan kerana akhir-akhir ini dia mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya ..lalu Khairullah segera menelefon nombor tersebut supaya dapat mengetahui siapakah yang sering menelefonnya ..

     "Hello ? Assalammualaikum ? boleh saya bertanya,,siapakah anda ?ada keperluan apakah anda sering membuat panggilan ? " tanya Khairullah.   "Wa'alaikummussalam ..Maaf,,jika saya menganggu awak ..saya pelajar dari sekolah Mutiara 3 ..hari itu awak tertinggal buku nota awak semasa pertandingan kemuncak olahraga antara sekolah "balas perempuan itu .. "
"oh,,terima kasih kerana memberitahu saya ,,saya juga terlupa untuk mengambilnya..bila saya boleh mengambilnya ? " khairullah bertanya lagi ..  "esok saya tunggu awak di perpustakaan Aris ..dalam pukul tiga petang.."balasnya .. "okey..Assalammualaikum " lalu Khairullah mematikan panggilan tersebut dengan hati yang lega kerana buku yang disangka hilang sejak sebulan lalu ditemui oleh pelajar dari sekolah yang pernah dia hadir ketika perlawan olahraga ..

       selepas membuat panggilan itu,Khairullah terus merebahkan dirinya diatas katil untuk tidur sebentar,,badannya terasa keletihan ..sebelum melelapkan mata,,Khairullah sempat memandang gambar arwah kekasihnya yang telah kembali ke rahmatullah semasa dia berada ditingkatan3 ..dan kini,,sudah 2tahun arwahnya telah meninggalkannya dan selama itulah dia tidak pernah memandang perempuan lain untuk dijadikan kekasih kerana dia hanya tahu arwah kekasihnya sahaja cinta pertamanya yang sanggup berkawan dan membantunya ketika dia sedang di jalan kekufuran dan hampir menjadi murtad ..kini dia sedar apa yang dilakukannya salah,,dan dia berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama ..
dia percaya kepada qada dan qadar yang telah ditentukan oleh yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang ..segala ketentuan dia pasrah dan redha apa yang telah terjadi..dia juga bersyukur telah dipertemukan dengan seorang wanita yang seusianya yang telah memberikan kesedaran kepadanya ..wanita itu yang sangat dicintainya selain ibu dan bapanya ..kerana dia seorang anak tunggal dari sebuah keluarga yang dihormati oleh masyarakat kerana ibu bapanya seorang ahli koporat ..

    tetapi sayang,,harta berlimpah ruah,,ibu bapanya tidak pernah meluangkan masa dirumah..dia hanya ditemani oleh 3orang pembantu rumah..segala barang yang dikehendakinya di berikan oleh ayahnya ..walaupun begitu,Khairllah bersyukur kerana diberikan nikmat kerana dia tahu ada orang yang lebih susah darinya ..

       selepas beberapa jam Khairullah tidur,,dia segera bangun dari tidurnya kerana dia harus menyiapkan kerja rumah yang diberikan gurunya ...setelah selesai melakukan kerja rumah yang diberikan gurunya,,dia menyedari jam menunjukkan pukul dua belas setengah malam ..selepas siap kerja rumah yang diberikan,,Khairullah terus tidur kerana hari sudah lewat malam ..

     Keesokan harinya,,Khairullah bangun subuh untuk menunaikan solat subuhnya dan bersiap utnuk pergi berjonging di taman tasik yang berdekatan rumahnya ..selama beberapa jam dia bersenam tetiba dia terlanggar seorang perempuan dihadapannya ..

   "woi ! kau jalan pandang guna tak pandang depan ke ? sakit la ! "marah perempuan itu ..
dalam hati Khairullah pelik..adakah dia ni perempuan ke lelaki ea ? gaya lelaki,,tapi suara ada lembutnya jugak ..huumm..berkata sendiri di dalam hati .. "woi ! aku tanya kau ni ! kau pekak ke ?" marah lagi perempuan itu lalu dengan segera membalas ucapan yang diberikan perempuan itu .
  "maaf sangat-sangat wak ..saya tak sengaja ..ada yang luka tak ? "balas Khairullah .
"awk..awk..kau ingat biawak ke nak panggil aku awak ? okey aku maafkan kau ..luka sikit je ni . "balas perempuan itu .. "nak saya bawak ke klinik tak ? tu luka tercalar tangan awak tu ..kalau nak,,dekat-dekat sini ada klinik .."balas Khairullah lagi .. "tak payah la ..tercalar sikit je ni..nanti aku letak minyak gamat,,baik la luka ni .nama kau sape ? " balas perempuan itu . "nama saya Khairullah . awak ?" balas Khairullah lagi .. "okey.. aku cao dulu ..by the way,,nama aku .."hanya itu yang dibalas perempuan itu ..kerana rakannya secara tetiba menarik tangan perempuan itu dengan segera .mungkin ada urusan kecemasan ..dalam berfikir,,Khairullah dapati raut wajah gadis itu seperti arwah kekasihnya dulu ..Khairullah agak sedih mengingatkan kisah silam bagaimana arwah kekasihnya itu dibunuh di depan matanya sendiri ..hatinya turut menangis ..

     pulang dari bersenam,,Khairullah bersarapan bersama pembantu rumahnya ..selesai sahaja bersarapan pagi ..Khairullah bersiap untuk pergi membeli barang untuk anak-anak yatim yang berada di rumah anak-anak yatim ..sampai sahaj di pusat membeli belah,,Khairullah membeli barang-barang keperluan untuk persekolah anak-anak yatim yang masih bersekolah ..itulah yang dilakukannya pada setiap akhir tahun ..kerana jika dia membeli pada awal tahun,,pasti ramai pembeli-pembeli di bahagian peralatan persekolahan ..selepas beberapa jam dia membeli barang keperluan anak-anak yatim,, dia terus membawa keretanya menuju ke tempat perjanjian untuk mengambil buku notanya yang tertinggal ..

   Khairullah meletakkan keretanya berjauhan dengan perpustakaan Aris kerana dia tidak mahu orang yang dikenalinya ingin berkawan dengannya kerana ikhlas bukan kerana harta ..dia sudah jemu dengan perempuan-perempuan yang hanya materialistik ..sementara menunggu,,Khairullah mengambil beberapa buku untuk diulangkajinya untu SPM yang akan dijalaninya beberapa bulan lagi ..
"Assalammualaikum .awak Khairullah ya ? "tanya perempuan yang tetiba sergahnya dari belakang ..oh.ini la perempuannya ..katanya dihati . "ya saya ..anda yang telefon saya semalam ya ? oh ya ,,mana buku nota saya ? " tanya Khairullah .. "ya saya ..ini dia bukunya "balas perempuan itu sambil menghulurkan buku nota .. "okey..terima kasih sebab sudi nak pulangkannya . "balasnya ..
   tetiba ada seseorang yang berpakaian lelaki menghampiri perempuan yang telah memulangkan bukunya itu ..perempuan itulah yang telah dilanggarnya pagi tadi ketika bersenam ..

   "eh kau ? kau buat apa kat sini ? eh,, yana,,kau kenal ke Khairullah ni ?" balas perempuan yang dilanggarnya pagi tadi .."ya..saya ..tangan awak da okey ?oh..kawan awak ni namanya Yana ya ?hai selamat berkenalan ..awak pula ?" balas Khairullah lagi ..sambil berkata,,Khairullah memandang wajah muka perempuan yang dilanggarnya pagi tadi ..ya ..mukanya seiras ..hatinya berkata yang dia amat merindui arwah kekasihnya ..

  tanpa disedari dirinya telah berkhayal sendiri dihadapan dua orang wanita yang tidak beberapa dikenalinya .. "Hello ? kau okey ke tak ni brother ? " tanya wanita yang mirip dengan arwah kekasihnya itu ..manakala wanita yang telah memulangkan buku notanya itu hanya berdiam sambil memandan wajah Khairullah yang seolah-olah terkena kejutan elektrik setelah dipanggil oleh sahabatnya itu .

     "eh ,, maaflah ..saya cuma hairan ..kamu berdua satu sekolah ke ?smk Mutiara 3 ke ? " tanya Khairullah mengelakkan disedari dirinya sedang mengelamun memfikirkan tentang wanita yang dihadapannya mirip sekali dngan orang yang amat dicintainya .. "aku dengan yana ni kawan dah lama lah ..tapi kiteorang sekolah lain "balas perempuan yang seakan-akan berpakaian seperti lelaki dan juga seiras wajah dengan orang yang dicintainya ..

   "habis tu,,awak dari sekolah mana ?" balas Khairullah lagi .. lalu perempuan itu menjawab "aku dari sekolah SMK Mutiara 1 .." dengan terkejut Khairullah bertanya lagi "eh ,,awak kelas apa ya ? dan tingkatan berapa ? saya juga bersekolah di situ " ..sambil bertanya Khairullah tetap memandang wajah gadis itu ..sungguh rindu dirinya terhadap seseorang yang mencuri hatinya ..

     "aku 5 Kasteria 1 ..kau pulak ? dan nama aku kazuha ..kau panggil je aku Kaz .." balas Kaz sendiri .dengan itu Khairullah semakin ingin mengetahui siapakah gadis itu sebenarnya ...
     "oh ..saya 5 Alamanda 1 ..kira kita sama umur la ya ..maaf la jika kita pernah bertemu di sekolah dan saya tak pernah menegur awak ..saya tak berapa peramah sangat ..maaf sangat-sangat " balas Khairullah sambil memohon maaf kerana dia menyombong disekolah ..akibat dia tidak suka bertegur dengan orang yang tidak dikenalinya .."okey ..kali ni aku maafkan kau .."balas Kaz sendiri ."okey la ..aku nak blah dulu ..aku nak balik sebab mak aku nanti bising pulak .."balasnya lagi .."okey ..nak saya hantar ?"balas Khairullah sendiri .."tak perlu la kau susah payah nak hantar aku ..rumah aku dekat je dari sini .."balas Kaz ..

     lalu dengan segera Kaz beredar bersama rakannya yang bernama Yana ..ditinggalkan Khairullah dalam keadaan terpinga-pinga ..



BAB 2 (Pertemuan Kaz dan Khairullah tanpa disengajakan)

   Di sekolah Khairullah cuba mencari dimanakah kelas Kaz berada ..dia yakin dia akan berjumpa juga dengan Kazuha sendiri ..Khairullah berasa pelik kerana sukar untuknya menemui Kazuha ..mungkin pada hari ini Kaz tidak hadir barangkali fikirnya ..

   hari ini Khairullah pulang agak awal kerana dia tiada kelas tambahan untuk SPM nya ..setiap hari dia menjalani kelas tambahan manakala hari ini hari untuknya berehat ..hari ini juga kepanasan ..terlalu kusut kepalanya yang semakin hampir peperiksaan SPMnya ..

       secara kebetulan,,Khairullah terserempak dengan Kazuha yang terburu-buru ..entah apa yang sedang dikejarkannya ..lalu Khairullah mengejar Kazuha... "Kaz ! Kaz ! Kaz ! " jeritnya ..
manakala Kaz menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang memanggilnya ..
"apa ?aku nak cepat ni ! " balas Kaz .."kau nak pergi mana ? kenapa terburu-buru sangat ni ?"balasnya .."aku nak g Hospital ni ! "balasnya ..lalu meninggalkan Khairullah ..dengan segera Khairullah menelefon pembantu keretanya untuk membawa keretanya dengan segera datang di tempatnya ..tidak sampai beberapa minit ,,pemandunya datang dengan cepat lalu Khairullah mengarahkan pembantunya pulang menaiki teksi kerana ada hal kecemasan yang perlu dilakukannya ..lalu Khairullah mengejar Kazuha dengan menaiki kereta ..

     "Kaz ! cepat naik ..jom saya hantar awak "kata Khairullah ..tanpa berlengah-lengahkan masa Kaz masuk ke dalam kereta Khairullah ..walaupun dia berasa agak takut .."awak jangan risau ..saya takkan apa-apakan awak .."kata Khairullah kerana dia berasa kaz tidak mempercayainya ..
dengan membawa kelajuan 120/km ..

   sehingga sampai di Hospital Kenggiring ..setibanya di hospital itu,,Kaz segera memasuki hospital itu dan mencari wad yang telah di tempatkan oleh dokter untuk ahli keluarganya ..lalu Kaz pergi ke kaunter pernyataan untuk bertanya dimana wad yang ditempatkan ..   BERSAMBUNG ..

















Sabtu, 25 Ogos 2012

setiap manusia pernah putus cinta

                   putus cinta ??
okey..setiap pertemuan ada perpisahan kan ?? cuma kita
 sahaja tidak dapat meneka bila pertemuan dan perpisahan akan berlaku kerana
sesuatu kejadian hanya Tuhan yang tahu..kerana dialah yang merancangnya..
tetapi mengapa ada yang mengambil jalan ringkas seperti membunuh diri,,menangis berjam2..
   for what ??
nak lepaskan perasaan ??
  hey..bkn caranya mcm tu untuk melepaskan perasaan..
better,,kita harus menggunakan akal fikiran kita untuk mencari jalan supaya kita dapat
melepaskan diri kita daripada kesedihan..
   jangan kita terlalu mengharap sesuatu yang belum pasti..kerana,,'
sayang tidak bererti memiliki..
   cinta itu indah jika kita tahu bagaimana untuk mengawalnya..
sedangkan kita semua juga tidak ingin bersindirian..kita pasti mahukan 
  pasangan hidup kita kan ??
     kita harus bijak mengawal perasaan kerana semuanya bergantung dengan cara
kita berfikir..tidak perlu tergopoh untuk memaksa yang telah pergi untuk bersama kita..
Memang MUDAH untuk kita...

--MELAFAZKAN kata CINTA pada ALLAh & RASULULLAH...

TAPI...benar2 SUKAR..SUKAR sekali untuk kita...

--MELAKARKAN cinta pada ALLAH & RASULULLAH...

Allah..Allah..Allah hu rabbi..ampuni kami yA RABB..ya RASULULLAH ampuni kami..
ampunkan kami dalam MELAKARKAN cinta kami pd MU ya ALLAH..ya RASULULLAH...kami umat mu AKHIR ZAMAN...bantu kami ya RASULULLAH..YA Allah...jangan.. jangan kau LEKAKAN hati ini dalam MELAKARKAN cinta pada MU dan RASULULLAH...

::LAKUKAN apa yang ALLAH SURUH
::TINGGALKAN apa yang ALLAH LARANg
::IKUT sunah RASULULLAH walaupun SEDIKIT tapi ISTIQAMAH

~:)))~ ♥ Allah..Allah..Nabi saw ♥ ~:)))~